Friday, July 29, 2011

Kolaborasi Antara Manan Ngah & Sudirman

Sudirman & Manan Ngah

Di sepanjang kolaborasi antara Manan Ngah & Sudirman, saya hanya composed 5 tajuk sahaja Alhamdulillah, disebalik populariti dan penghargaan yang telah diraih; Terasing, Salam Terakhir, Merisik Khabar & Di Dalam Sepi Itu. Yang ini satu-satunya fast number, bertujuan untuk World ABU Song Contest, Singapore 1985 "Pesta Dunia"... Tak silap saya ciptaan dan gubahan ini telah mendapat kedudukan ke-5 dari 14 negara peserta. Juga adalah gubahan untuk format Live Orkestra pertama saya, sambil petik gitar sekali dalam event tu. Dan ini adalah percubaan pertama kali dalam hidup saya menggubah muzik untuk orkestra di peringkat antarabangsa. Age then 24 years old, thank you. - Manan Ngah

Sudirman, Manan Ngah & peserta-peserta lain di World ABU Song Contest, Singapore 1985

Sudirman sewaktu persembahan lagu Pesta Dunia

Sudirman - Pesta Dunia

 Komposer Manan Ngah

Monday, July 25, 2011

Sudirman Sinonim Dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara

 Sudir sering mengenakan fesyen Baju Bendera

Bulan Ogos bakal menjelang, dan pada bulan tersebut adanya tarikh keramat yang kekal dikenang saban tahun sebagai sambutan ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia iaitu pada tanggal 31 Ogos 2011. Kita bakal menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54. Bila membicarakan mengenai hari kemerdekaan negara pasti tidak lengkap rasanya sambutan hari kemerdekaan tanpa lagu patriotik dendangan Sudirman iaitu 31 Ogos.

Beliau cukup sinonim dengan hari kemerdekaan, saban tahun lagunya pasti berkumandang bagi memeriahkan suasana sambutan. Malah lagu-lagu lain juga turut sama memeriahkan suasana sambutan antaranya lagu Tegakkan Bendera Kita, Warisan, Bapak & Radio Malaysia (Sejak Dulu). Begitulah sumbangan Sudirman walaupun kecil sumbangannya namun tetap meninggalkan impak yang besar & insan patriotik ini akan terus dikenang dulu, kini & selama-lamanya.