Thursday, February 17, 2011

Utusan Malaysia: Perspektif Baru Riwayat Hidup Sudirman

GERARD Benedict (kiri), Mohd. Muhyidin Mustakim (tiga dari kiri) dan Louis Boswell (dua dari kiri) bersama-sama tetamu jemputan khas pada majlis pelancaran dan prebiu dokumentari Sudirman Arshad di The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KEDATANGAN bulan Februari sememangnya merupakan bulan yang signifikan dalam direktori hiburan tanah air. Atau lebih tepat lagi, tarikh 22 Februari 1992 itu sendiri telah meninggalkan kesan yang cukup besar dalam sebahagian daripada hidup kita sebagai rakyat Malaysia.

Tarikh itu merupakan detik yang pastinya tidak mampu dilupakan oleh kita semua apabila seniman berjiwa besar, Datuk Sudirman Arshad pergi meninggalkan kita untuk menunaikan janjinya kepada Allah SWT.

Seluruh dunia seni serta-merta menjadi sepi seketika sebaik sahaja berita kematian penghibur kesayangan ramai itu diumumkan.

Sudirman bukan sembarangan tokoh. Beliau merupakan penghibur yang cukup gah di pentas seni dan tidak keterlaluan dikatakan, sehingga kini tiada siapa yang layak dan mampu menggantikan tempatnya.

Barangkali akan ada yang bertanya apakah lagi yang mahu diberitakan tentang kisah hidup Sudirman? Selama 19 tahun beliau meninggalkan kita, memang diakui sudah terlalu banyak cerita pelbagai versi yang sudah dicoretkan tentang Sudirman.

Biarpun juara Bintang RTM 1976 itu sudah hampir dua dekad pergi menghadap Ilahi, kita harus akui roh dalam setiap hasil kerja seninya masih lagi hidup sehingga ke hari ini.

Lagu-lagu dendangannya masih lagi relevan dan segar sehingga kita pasti akan tertawa, senyum dan menangis menghayati alunan suaranya yang satu dalam sejuta itu.

Ligatnya di atas pentas juga membuktikan dia bukan sembarangan penghibur. Bersahaja dan bijak serta kreatif dalam mewarnakan setiap persembahannya, membuatkan Sudirman kekal sebagai seniman serba boleh.

"Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan," demikian luahan hati Sudirman dalam satu kenyataan yang pernah dikeluarkannya satu ketika dahulu.

Penghormatan dan pengiktirafan juga sudah terlalu banyak diberikan kepadanya sehinggalah kemuncaknya apabila Sudirman dianugerahkan dengan gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 18 Jun 2009.

"Bukan gelaran jadi ukuran…Tetapi bakti yang disumbangkan. Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya," ungkap penghibur itu ringkas bagi menggambarkan kejituan semangatnya sebagai seorang anak seni," katanya.

Itulah kata-kata keramat seorang anak seni memang tidak syak lagi begitu jujur dalam berkarya. Bukannya sekadar mahu mengejar populariti atau kemasyhuran kosong yang pastinya tidak mampu bertahan lama.

Di sebalik keghairahan sesetengah pihak dalam menganjurkan persembahan istimewa sempena ulang tahun pemergian Sudirman ke Rahmatullah, jarang sekali jika perhatikan pihak stesen televisyen tempatan mengambil inisiatif memberikan penghormatan kepada penghibur rakyat itu.

Penghormatan di sini bukanlah konsert atau persembahan biasa yang sudah terlalu banyak dianjurkann. Sebaliknya sebuah dokumentasi tentang riwayat hidup Sudirman yang barang kali tidak pernah diketahui sebelum ini.

Kalau ada pun mungkin dari pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang pernah menayangkan semula persembahan televisyen yang pernah dijayakan oleh Sudirman di stesen keramat itu beberapa tahun lalu.

Namun, ia tidak mencukupi. Atas kesedaran itu, pihak AETN All Asia Networks dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah mengambil inisiatif menerbitkan sebuah dokumentari khas untuk tatapan penonton Malaysia.

Diberi judul Sudirman Arshad dan akan ditayangkan di saluran History Astro pada 20 Februari ini. Penerbitan dokumentari itu dilihat mampu menarik perhatian khalayak untuk menontonnya.

Malah, tidak mustahil untuk dokumentari Sudirman Arshad mampu mencetuskan fenomena dan menjadi buah mulut rakyat Malaysia seperti mana yang terhasil menerusi dokumentari P. Ramlee yang pernah ditayangkan di saluran itu tahun lalu.

Penerbitan dokumentari yang dihasilkan oleh syarikat produksi, Code Computer Design Sdn. Bhd., itu dilihat tepat pada masanya. Khususnya bagi tatapan generasi muda hari ini untuk mengenali dengan lebih dekat dan mendalam seorang yang bernama Datuk Sudirman Haji Arshad.

Sebagai seorang kakak yang rapat dengan Sudirman sehinggalah ke akhir nafasnya, Datin Rodziah Arshad memuji penglibatan kesemua pihak yang menjayakan penerbitan dokumentari itu sehingga menjadi sebuah karya yang cukup dibanggakannya.

Bagi Rodziah, sudah tiba masanya untuk orang luar dan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan adiknya itu bercerita serta berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang bekerjasama dengan Sudirman.

Cukup Puas Hati

"Saya mengambil keputusan tidak mahu melibatkan diri secara langsung dalam penerbitan dokumentari ini. Nanti orang akan kata saya cuba masuk dan angkat bakul sendiri apabila bercerita tentang Sudirman.

"Jadi, inilah masa yang tepat untuk kita mendengar dari perspektif dan sudut pandang orang lain terhadap adik saya. Biarlah mereka pula yang bercerita tentang Sudirman," katanya tenang ketika diminta memberikan pandangannya terhadap dokumentari tersebut.

Beliau ditemui pada pelancaran dan prebiu dokumentari Sudirman Arshad yang berlangsung di The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim dan Pengurus Besar AETN All Asia Networks, Louis Boswell.

Selain mereka, majlis pelancaran itu juga cukup meriah dengan kehadiran teman-teman yang mengenali Sudirman dan mereka yang pernah bekerja dengannya termasuklah penerbit rancangan televisyen, wartawan hiburan senior, bekas pengurus, penerbit album dan pengarah filem Kami, Patrick Yeoh.

Menyambung perbualan, Rodziah mengakui dia telah menolak perlawaan penerbit filem dokumentari itu, Gerard Benedict yang tidak pernah lelah memujuknya untuk sama-sama melibatkan diri dalam pembikinan Sudirman Arshad.

"Selepas saya menontonnya, saya cukup puas hati dengan penghasilannya biarpun saya gagal memenuhi permintaan Gerard. Ternyata tanpa penglibatan saya sekali pun, mereka telah menghasilkan sebuah dokumentari yang benar-benar meruntun jiwa saya.

"Saya menontonnya di rumah bersama seorang cucu saya berusia enam tahun dan kami sama-sama mengalirkan air mata. Sehinggakan cucu saya itu berkata mengapa dia tidak dilahirkan dalam zaman ketika Sudirman mengecapi kegemilangan dan kemasyhuran sebagai seorang penghibur ternama negara.

"Kenyataannya itu sahaja sudah cukup membuatkan saya terharu dan ia membuktikan kerinduan kami terhadap Sudirman sedikit pun tidak teranjak malah ia semakin bertambah.

"Setiap kali kalau saya mengingatinya atau bayangannya bermain di fikiran saya, hanya Al-Fatihah yang akan saya hadiahkan kepadanya," katanya dalam nada yang bergetar.

Wednesday, February 16, 2011

New Straits Times: Sudirman A Part Of History



After its documentary on P. Ramlee, History Channel is highlighting another king of entertainment, Sudirman Arshad, writes DENNIS CHUA.

HE took the local music scene by storm when he won Bintang RTM in 1976, and revolutionised entertainment.

He became Asia’s Best Entertainer in 1989 and, decked in flowing Jalur Gemilang, the country’s singing ambassador, but he left us at the peak of fame.

Now, History Channel takes viewers into the life of Datuk Sudirman Arshad, the country’s phenomenal king of entertainment whose 15-year singing career put us on the musical map.

Featuring interviews with family members, collaborators and friends, the documentary, titled Sudirman Arshad, premieres on History (Astro Channel 555) at 10pm on Feb 20, with repeats on Feb 22 (11pm) and 23 (9pm), and March 1 (7pm), 11 (11pm) and 13 (7pm).

With subtitles in Bahasa Malaysia and Chinese, it is a collaboration between History and the National Film Development Corporation of Malaysia (Finas).

It’s produced by Gerard Benedict, best known as a pioneering newscaster of TV3 in the 1980s.

History operator AETN All Asia Networks’ general manager Louis Boswell says: “The one-hour biography documents Sudirman’s life from childhood and through his illustrious singing career which was tragically cut short by his untimely death in 1992 at the age of 37.

“Viewers will learn that he was a man of many talents — lawyer, television host, writer, cartoonist, actor and entrepreneur.”

As the first Asian artiste to record an English single at the illustrious Abbey Road Studios in London, the United Kingdom, Sudirman went on to win Best Performer at the first Asian Music Awards there in 1989.

Finas director-general Mohd Mahyidin Mustakim says: “However, behind all the glitz and glamour lay the emotional and psychological struggle of Sudirman’s personal life.

“He never really recovered from two severe blows - losing his mother when he was five, and the failure of his marriage to a childhood sweetheart - and he constantly needed reassurance.”

Among the personalities interviewed in the documentary are Sudirman’s sister Datin Rudiah Arshad, his nephew Razman Azrai Zainuddin or Atai, journalist Saodah Ismail, RTM producer Jack Nadarajah, his ex-manager Daniel Dharanee Kannan, former EMI managing director S.P. Beh, British producer and artiste manager Simon Napier-Bell, and his former back-up dancer Joanne Ng.

Benedict says: “The documentary looks at the story behind the icon with an unstoppable drive for perfection. Despite personal struggles, he managed to become a superstar in a short time.

“Many will identify with his life, thereby making his achievements all the more admirable.”

The documentary is Benedict’s labour of love to an idol he never had a chance to meet.

“I’d always loved his music and wanted to do a documentary about his life. I had planned it a decade ago.”

Benedict says the lesson we can learn from Sudirman is to strive for excellence, always dare to dream and to live life to the fullest.

Kannan, who managed Sudirman during his performance in London, says: “I first met Sudirman in 1985 when I was a sound engineer. He was extremely friendly, humble, positive and compassionate, despite demanding perfection from everyone he worked with.

“His kindness touched many lives and not long after his death, a Dutch woman who had heard him sing in London, visited his family here.”

Kannan says Sudirman planned every performance meticulously and learnt from the world’s best entertainers including Freddie Mercury, Joel Grey, Sammy Davis Jr and Sir Charles Chaplin, viewing them in films and videos.

Saodah, who interviewed Sudirman throughout his career and spent a day covering preparations for his Chow Kit Road concert in 1986, says the superstar always had a passion for life and believed in going all out to achieve his dreams.

“He told me that if we want to do something, to do it well, and always think positive,” she says.

Beh adds: “EMI tried to sign him as an artiste shortly after Bintang RTM, and he joined a few years later. He was very focused, and always wanted to better his last performance.”

Nadarajah says: “My first meeting with Sudirman was 1984 when I was searching for a new host for Puspawarna. His manager introduced me to him and he was hiding behind the door.”

While it was hard for Nadarajah to please Sudirman, they became close friends who kept in touch until 1989.

Napier-Bell, who organised the Asian Music Awards in 1989, describes Sudirman as an institution of Malaysian music.

“He changed the local entertainment industry with his quirky fashion sense and charismatic performances. Despite tough competition Sudirman stole the show with his creativity, originality and brilliance.”

Ng, who worked with Sudirman from 1985 to 1990 and is now an event organiser, says the superstar was funny, simple and very driven.

“I auditioned as a dancer when one of them left, and went to work almost immediately. It never seemed a job because he was a great teacher and friend, who made everybody at ease with him,” she says, adding that his work ethics were emulated by his staff.

Rudiah says her brother was very close to his siblings and had always been the family’s entertainer.

“All Malaysians were family to him. He wanted his music to transcend barriers and bring people together and this was best exemplified by his song One Thousand Million Smiles,” she says.

Atai will always cherish his collaborations with Sudirman, who considered him a godson.

“I fondly remember appearing in his shows. In one of them, the game show Sendaloka Bersama Singer, I mimicked a fried egg,” he says.

Atai and Rudiah are heartened that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has described Sudirman as the embodiment of the 1Malaysia spirit long before the term was coined.

The documentary was launched at The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur, on Feb 10. Present at the launch were Benedict, Kannan, Rudiah, Atai, Boswell, Napier-Bell, Saodah, Ng, Beh and Nadarajah.

Tuesday, February 15, 2011

Harian Metro: ‘Setiap Hari Saya Merinduinya’ - Atai

Atai bersama Cokman dan Jenny Chin sewaktu merakamkan lagu untuk album Sahabat.

DATUK Sudirman Arshad meninggal dunia pada 22 Februari 1992 ketika usianya baru 37 tahun. Dia bukan saja dikurniakan bakat sebagai penyanyi, bahkan dia juga diberi kelebihan sebagai penggubah, penulis, pengarang buku, pelukis kartun dan pengusaha.

Dia juga pernah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor Satu Asia selepas kali pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia pada 1989 di London. Sudirman juga diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Rakyat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.

Anak bongsu daripada enam bersaudara itu aktif menyanyi sejak kecil dan di sekolah dia menyertai pertandingan syair, pidato, pantun, kuiz dan terbabit dalam pertunjukan teater dan paduan suara sekolah.

Sudirman mula mencatat nama sebagai penyanyi ketika menjadi juara Bintang RTM pada 10 Ogos 1976 dengan membawakan lagu Seruling Bambu, Big Spender dan Jali-jali.

Banyak anugerah, namun di kala menerima sanjungan dan pujian dia pergi meninggalkan kita semua kerana menghidapi penyakit ganjil.

Siapa yang tidak ingat, pada 15 April 1986, Sudirman mengukir namanya dalam Malaysia Book of Records selepas mengadakan konsert di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Konsert itu berhasil mengumpulkan hampir 100 ribu penonton warga kota yang berbondong-bondong datang menonton. Jalan Chow Kit di era Sudirman adalah gelanggang marhaen, menjadi simbol orang kecil yang juga peminat Sudirman. Konsert jalanan seperti itu adalah sebagai tanda terima kasihnya kepada peminat yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel atau konsert mahalnya.

Justeru, bagi mengingati semula kisah hidup dan kejayaan Sudirman selaku anak seni, History Channel dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menerbitkan program biografinya, Sudirman Arshad.

Biografi itu akan disiarkan di History (Saluran Astro 555) pada 20 (10 malam), 22 (11 malam) dan 23 Februari (9 malam). Diikuti pada 1 (9 malam), 11 (11 malam) dan 13 Mac ini (7 malam).

Untuk mengenali lebih dekat siapa Allahyarham, tidak lengkap rasanya jika tidak menemubual anak saudara kesayangannya, Razman Azrai atau Atai, 37. Mereka bukan saja mempunyai talian bapa saudara dan anak saudara, bahkan Atai menganggapnya sahabat dan teman paling akrab. Wartawan Harian Metro, Nor Akmar Samudin, menemuinya pada pelancaran biografi Sudirman Arshad, baru-baru ini yang dilakukan di The Garden, Kuala Lumpur.

RAP: Walaupun sudah 18 tahun Sudirman meninggal dunia, namun tentu segala kenangan bersamanya terus segar dalam ingatan.

ATAI:
Saya anak saudara yang paling rapat dengan Allahyarham, ke mana dia pergi mesti saya ada. Memang bertuah ada bapa saudara sepertinya dan saya sangat berbangga mempunyai bapa saudara yang sangat terkenal. Bagaimanapun, ia lebih daripada itu sebenarnya. Dia lain dari yang lain. Saya bukan saja menyanjunginya sebagai seorang penghibur yang amat berjaya ketika itu, namun Allahyarham adalah segalanya buat saya. Dia pak cik saya dan teman yang amat rapat dengan saya. Kami boleh menjadi kawan dan berkongsi cerita.

Saya berjaya dalam pelajaran pun disebabkan dorongan Allahyarham. Sejak kecil saya mahu jadi sepertinya. Kehilangannya begitu dirasai walaupun tempoh saya bersamanya agak singkat. Dia meninggal dunia ketika saya berusia 18 tahun. Belum puas saya bersamanya. Namun, saya reda kerana Allah lebih menyayanginya. Sejak pemergiannya sehingga kini, setiap hari saya merinduinya.

Gambarnya yang ada saya tatap sepuas hati. Saya juga selalu bayangkan jika dia masih ada lagi, tentu dia gembira dengan kejayaan saya hari ini dan pasti dia dapat memberi sumbangan lebih banyak kepada industri.

RAP: Ternyata Sudirman terlalu istimewa pada anda.

ATAI:
Momen yang paling saya ingat sampai sekarang ketika saya ikut keluarga ke Amerika Syarikat (AS). Waktu itu saya baru berusia lapan tahun. Perpisahan sementara itu saya sangat merinduinya. Ketika tidur saya seperti terdengar suaranya menyanyi. Lalu saya buka mata dan memang betul dia menyanyi untuk saya. Pak Cik datang ke AS untuk berjumpa saya. Setiap saya teringatkannya, sendu menyusuk hati.

RAP: Kenapa Atai tidak teruskan minat menyanyi.

ATAI:
Menyanyi membuatkan saya terus teringatkannya dan saya tidak sampai hati. Lebih baik saya mencari arah haluan lain supaya saya tidak selalu diselimuti kedukaan. Saya tidak menyanyi pun tetap ingatkannya, inikan pula jika saya menjadi penyanyi. Selepas Allahyarham pergi, saya tidak lagi memasang angan-angan untuk menjadi penyanyi dan saya berusaha mengisi masa dan minda dengan perkara lain.

Perkara pertama yang saya lakukan saya belajar dan terus menyambung pengajian sehingga Ijazah Sarjana dan kini bekerja di Cyber Security sebagai Ketua Perancangan Korporat dan Strategi.

Saya cukup terharu kerana peminat masih mengingatinya sehingga kini. Sampai sekarang, mereka yang mengenali saya bertanyakan mengenainya. Jadi, tiada ruang yang saya dapat melupakannya. Setiap kali orang bertanya, kenangan indah bersamanya terus segar dan sampai bila-bila pun, Allahyarham terus kekal bersemadi dalam hati saya.

RAP: Apakah yang paling anda kagumi mengenai Allahyarham?

ATAI:
Saya bangga dengan kejayaannya dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia pada 1989 di Asian Popular Music Award. Acara anugerah ini diadakan bersamaan dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Royal Albert Hall, London. Pak cik adalah penyanyi Malaysia pertama yang memenangi anugerah itu. Dalam pertandingan itu dia menyanyikan dua lagu Inggeris, One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan aksi lucu ala Charlie Chaplin.

Begitupun, meskipun Allahyarham yakin yang dia boleh buat yang terbaik, perasaan gementarnya tetap ada. Tetapi apabila sudah mula menyanyi, dia boleh lupakan segalanya dengan hanya menumpukan perhatian kepada persembahannya.

RAP: Pandangan anda mengenai biografi Sudirman yang dihasilkan History Channel.

ATAI:
Dalam banyak cerita yang dibuat mengenai pak cik, saya sukakan yang ini kerana ia memberi justifikasi yang benar mengenainya. Saya dan keluarga amat berterima kasih kepada History Channel kerana menyediakan program terbaik untuk mengingati Allahyarham. Persembahan yang ini nampak lain sangat dan saya puas menatap ceritanya.

Pengarah mengembangkan biografi bermula kejayaan Allahyarham mencipta nama di Royal Albert dan terus menyelitkan kejayaannya yang lain. Walaupun saya berasakan yang Allahyarham pergi terlalu awal, namun dia meninggalkan khazanah seni yang cukup berharga. Buat kerja apapun, Allahyarham akan melakukannya dengan sepenuh hati. Dengan keikhlasannya itulah membuatkan segala lagunya terus menjadi siulan.