Filem Pertama dan Terakhir Sudirman (Kami)


  • Filem: KAMI
  • Watak: Tookoo (remaja berusia 17 tahun).
  • Mula ditayangkan: 27hb Mei 1982
  • Dikeluarkan oleh: Indra Film Productions and Distribution Sdn. Bhd
  • Arahan: Patrick Yeoh (filem pertama arahannya)
  • Lagu tema : Pelangi Petang 

Sinopsis: Tookoo hanya belajar sampai darjah 6 dan hobinya suka menyanyi. Ibunya sudah meninggal dunia, dia tinggal bersama ibu tiri dan bapanya. Disebabkan tidak serasi dengan ibu tirinya, dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Di sana, Tookoo bertemu dengan Din, seorang kanak-kanak terbiar. Din tinggal bersama makciknya yang selalu menderanya. Oleh sebab itu Din pun melarikan diri dan ingin mencari ibu kandungnya. Suatu hari semasa hujan, Din minta berteduh di tempat berlindung Tookoo iaitu sebuah banglo yang ditinggalkan. Sejak itu Din dan Tookoo menjadi kawan baik, di situlah bermulanya KAMI. Macam-macam halangan dan rintangan yang mereka hadapi dalam meneruskan hidup.

Allahyarham Sudirman telah dicalonkan dalam kategori 'Pelakon Lelaki Terbaik' di Pesta Filem Malaysia ke-3 (PFM3) pada tahun 1982, namun tidak berjaya, manakala pelakon watak Din iaitu Zul Zamrin Zamanhuri berjaya merangkul Anugerah 'Pelakon Kanak-Kanak Terbaik' dalam PFM3 melalui lakonannya dalam filem KAMI.

Bercita-cita ingin menjadi penerbit dan pengarah filem melalui syarikatnya SUDIRMAN FILM PRODUCTION. Menjelang penghujung usianya, Allahyarham Sudirman memberitahu, dia telah menyiapkan skrip filem berjudul MEM & SENIWATI dan bercita-cita untuk menjadi penerbit dan pengarahnya dengan usahasama bersama SERANGKAI FILM PRODUCTION milik sahabatnya yang juga penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan. Malangnya hasrat itu tidak kesampaian setelah beliau jatuh sakit dan meninggal dunia.