Monday, March 14, 2011

Sudirman & P.Ramlee

Mereka merupakan Lagenda Negara yang sukar dicari ganti

Apakah persamaan antara Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan Seniman Agong Negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee?

Sudirman sewaktu kemuncak kariernya pernah dibandingkan dengan Seniman Agong Negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Berikut antara petikan artikel majalah hiburan berkaitan isu tersebut;

YEEAH KETERLALUAN...

Ada orang berpendapat bahawa Sudirman berusaha keras melibatkan dirinya dalam segala lapangan yang diceburinya adalah kerana mahu menandingi Arwah P.Ramlee. Begitulah secara tidak langsung, orang ramai mengatakannya. Benarkah begitu?

Kebolehan Sudirman sebagai 'entertainer' memang tidak ada siapa dapat menafikannya. Sudirman merupakan satu-satunya penyanyi yang diminati oleh segenap lapisan masyarakat dan kaum.

Di samping itu, Sudirman melibatkan diri sebagai wartawan di Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., pelukis kartun serta diiktiraf layak untuk menjalankan tugas sebagai peguam.

"Tujuan saya menceburi berbagai-bagai bidang yang saya ceburi ini bukanlah dengan niat yang serong atau tamak. Jauh sekali untuk menandingi sesiapa. Apatah lagi mahu menandingi Arwah P.Ramlee," ujar Sudirman menjawab pertanyaan dengan tenang.

Katanya, P.Ramlee tetap tiada tandingannya. Arwah P.Ramlee tetap menjadi seniman yang sukar untuk dicari ganti.

Menurut Sudirman, dia melibatkan dirinya sebagai wartawan adalah disebabkan minat dan kecenderungannya sejak dibangku sekolah lagi.

"Semasa dibangku sekolah, saya pernah memenangi peraduan menulis esei yang dianjurkan oleh sebuah badan antarabangsa. Bagaimana perasaan anda jika esei anda diiktiraf oleh badan antarabangsa?" tanya Sudirman pula.

Menyentuh tentang konsep yang dibawanya untuk persembahan rancangan popular "Keluarga Bahagia", Sudirman berkata, dia telah berusaha keras 'membahagiakan' setiap keluarga, baik keluarga yang menyertai rancangan tersebut atau juga keluarga yang menonton di rumah.

"Saya sendiri mendapat tahu bahawa ada keluarga yang berterima kasih kepada saya kerana melalui rancangan itu, mereka yang jarang menonton bersama keluarga, dapat menonton bersama keluarga. Mereka benar-benar enjoy," terang Sudirman ketika menjawab soalan wartawan yang mengatakan bahawa rancangan itu agak keterlaluan dengan caranya.

Menurut Sudirman, sebelum mengendalikan rancangan 'Keluarga Bahagia', dia telah bertanyakan tentang kehendak dan konsep rancangan itu. "Dan saya telah melakukan sebagaimana yang pihak penaja mahu saya lakukan. Terpulanglah kepada penonton untuk menilainya kembali."

- Roslan Selamat

P.Ramlee & Sudirman ketika menerima pingat dari Sultan

 Apa kata SUDIRMAN mengenai TAN SRI P.RAMLEE

BAM tanya SUDIRMAN: "Apa pendapat Sudir tentang pertikaian title "Tan Sri" kepada Allahyarham P.Ramlee?"

Apa kata Sudir?

"Kita tak boleh melatah, memanglah semua orang nak pingat. Tapi nak bagi semua orang pun mustahil. Saya sanjung habis P.Ramlee kerana bagi dirinya: Bukan gelaran jadi ukuran, tapi bakti yang disumbangkan. Ini sepatutnya menjadi pegangan orang seni.

"Sepanjang hayatnya Allahyarham tak pernah meminta. Allahyarham dapat anugerah ini pun selepas 17 tahun menjadi arwah. Sedih tapi membanggakan!" kata Sudir dengan suara tenang.

BAM - Setuju!!!

Jawapan bagi persoalan di atas:

Persamaan antara Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Pada pendapat saya, persamaan yang ketara adalah P.Ramlee mendapat gelaran "Tan Sri" hanya selepas 17 tahun meninggal dunia, begitu juga dengan Sudirman mendapat gelaran "Datuk" hanya selepas 17 tahun meninggal dunia.

Persamaan kedua, kedua-dua seniman ini memiliki bakat yang luar biasa sebagai Penghibur. Mereka ikhlas dalam kerjaya masing-masing dan perfectionist tanpa mengira penat dan lelah untuk menghiburkan peminat mereka.




Sunday, March 13, 2011

Konsert Gergasi Percuma Sudirman di Jalan Chow Kit

Sudirman sewaktu pembukaan Konsert Chow Kit Road, beliau muncul dengan Skylift.

Pada 14 April 1986 Sudirman telah mengadakan Konsert Gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Konsert tersebut telah berjaya menempa nama Sudirman di dalam Malaysia Book Of Records. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Pertemuan Abadi sambil beliau memakai Baju Bendera Malaysia.

Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahannya di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik.

Berikut adalah petikan keratan akhbar berbahasa Inggeris sehari selepas konsert Chow Kit Road berlangsung;

Lihatlah betapa ramainya penonton yang membanjiri tapak Konsert Chow Kit Road, 
dianggarkan mencecah seratus ribu orang.

Sudirman Holds Court Chow Kit Road

Kuala Lumpur - A sea of humanity coverage on Chow Kit Road last night to watch recording artist Sudirman Haji Arshad in concert.

People climbed up trees, scaffolding and the signboard of the shophouses, perching themselves precariously to catch a glimps of Sudirman who made an unusual entrance on the cage of a fire engine’s skylift.

The crowd overflowed into the various sidestreets, the sidewalks and five-foot-waves. It was a big crush. At 9 pm, Sudirman (on a box) opened his show with, well, Chow Kit Road, a song name after the vanue of the concert.

However, that song did not go down well with the crowd and it was the PATA theme song, Kenali Malaysia Cintai Malaysia, which made the crowd less rowdy and more attentive. It was followed by the popular Apa Khabar Orang Kampung.

From then on, Sudirman held court. Lit by spotlight near the pedestrian bridge and with puff of smoke from the fog-machine, the concert appeard rather bizarre.

At the back of the crowd near Plaza Selangor, Sudirman had to compete with stalls selling pirated cassettes and some of the shopping complexes which played taped music on their public address systems.

The people could not hear the music very well, but they sat on the street and enjoyed themselves nevertheless.

If Malaysia ever needs “People Power”, Sudirman can be counted on to deliver. - LAM SENG FATT

Jumlah Penonton Paling Ramai (Malaysia Book Of Records)

Dalam pertunjukkan konsert terbuka Sudirman Haji Arshad di jejantas Chow Kit Road, Kuala Lumpur pada malam Isnin 14 April 1986.

Dianggarkan hampir 100,000 penonton menyaksikan pertunjukkan penyanyi terkenal itu yang berlangsung dari pukul 8:00 hingga 11:00 malam.

Pertunjukkan hiburan secara terbuka itu merupakan pertama kali pernah diadakan oleh penghibur tempatan dan jumlah penonton yang membanjiri sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman itu merupakan satu rekod dalam sejarah seni hiburan tanah air.

Sudirman, penyanyi yang berasal dari Temerloh, Pahang itu mula dikenali ramai apabila menjadi juara dalam pertandingan Bintang RTM tahun 1976.

Beliau yang terpilih sebagai penghibur terbaik tahun 1985 itu juga merupakan satu-satunya penyanyi tanah air yang mempunyai Ijazah (beliau berkelulusan dalam bidang undang-undang dari Universiti Malaya).

Bagaimanapun disebalik keghairahan penonton yang sebegitu ramai, telah berlaku beberapa kejadian yang menyebabkan berpuluh orang pengsan kerana terhimpit.

Beberapa kejadian selok saku juga dilaporkan berlaku dalam pertunjukkan yang mengambil masa hampir tiga jam itu.

 Sewaktu penutup Konsert Chow Kit Road Sudirman menyampaikan lagu Pertemuan Abadi


Petikan Konsert Gergasi Chow Kit Road 1986



Friday, March 11, 2011

Sudirman Penghibur Berjiwa Patriotik

 Sudirman yang berjiwa Patriotik

Sudirman sewaktu zaman kegemilangannya cukup terkenal sebagai Penghibur yang berjiwa Patriotik. Beliau sering tampil dengan Baju Bendera serta menyanyikan lagu-lagu yang berunsur Patriotik di setiap show atau konsert yang pernah dihoskannya antaranya seperti lagu; 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita, Bapak (Buat Bapa Kemerdekaan Negara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj), Warisan, Radio Malaysia (Sejak dulu), Kenali Malaysia Cintai Malaysia dan banyak lagi.

Sudirman juga pernah melahirkan Album Patriotik penuh yang berjudul ABADI pada tahun 1982 yang diterbitkan oleh S.Atan. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam Album tersebut ialah 31 Ogos, 8 ke 4 1/4 (Punch Card), Di Bumi Bertuah, Di Suatu Pagi, Indahnya Alam, Kehadiranku, Pertemuan Abadi, Sabarlah Menanti, Tegakkan Bendera Kita, Untukmu, Warisan dan Ruang Rindu. Penerbitnya ketika itu, S.Atan tidak begitu yakin untuk menerbitkan Album tersebut kerana bimbang ianya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, tetapi akhirnya beliau terpaksa akur dengan keinginan Sudirman. Sudirman sanggup menanggung risiko sekiranya Album tersebut tidak mendapat sambutan kerana tingginya semangat Patriotik beliau. Namun jika kita lihat sehingga kini lagu-lagu Patriotik Sudirman tetap malar segar dan sering berkumandang apabila tibanya ulangtahun Hari Kemerdekaan Negara terutamanya lagu 31 Ogos. Begitu juga di Majlis-Majlis Motivasi sering diperdengarkan lagu Warisan untuk menaikkan semangat cintakan negara. Begitulah besarnya sumbangan Sudirman dalam memartabatkan lagu-lagu yang berunsur Patriotik.
 
Sudirman juga pernah muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur dengan penampilannya berbeza, beliau mengenakan baju bendera sambil mengibarkan Jalur Gemilang yang besar (ketika itu Bendera Malaysia) yang dihasilkan oleh tukang jahitnya ketika itu iaitu, Den Wahab. Menurut cerita dari bekas pengurus Sudirman Encik Dani'el Dharanee Kannan, Sudirman melakukan semua itu dengan modal sendiri, tidak ada subsidy atau promotion budget apa-apa pun, tidak ada support dari mana-mana pihak pun. The 120 meter, Bendera Malaysia, yang Sudirman pakai semasa Grand Entrance, semua Sudirman yang tanggung sendiri. Betapa ikhlasnya Sudirman dengan semangat Patriotiknya, sehingga kini masih belum ada lagi artis yang begitu tinggi semangat Patriotiknya sepertimana Sudirman.

 Sudirman Berjubah Jalur Gemilang sewaktu Konsert Penutup Sukan SEA 1989