Apakah persamaan antara Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan Seniman Agong Negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee?
Sudirman sewaktu kemuncak kariernya pernah dibandingkan dengan Seniman Agong Negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Berikut antara petikan artikel majalah hiburan berkaitan isu tersebut;
YEEAH KETERLALUAN...
Ada orang berpendapat bahawa Sudirman berusaha keras melibatkan dirinya dalam segala lapangan yang diceburinya adalah kerana mahu menandingi Arwah P.Ramlee. Begitulah secara tidak langsung, orang ramai mengatakannya. Benarkah begitu?
Kebolehan Sudirman sebagai 'entertainer' memang tidak ada siapa dapat menafikannya. Sudirman merupakan satu-satunya penyanyi yang diminati oleh segenap lapisan masyarakat dan kaum.
Di samping itu, Sudirman melibatkan diri sebagai wartawan di Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., pelukis kartun serta diiktiraf layak untuk menjalankan tugas sebagai peguam.
"Tujuan saya menceburi berbagai-bagai bidang yang saya ceburi ini bukanlah dengan niat yang serong atau tamak. Jauh sekali untuk menandingi sesiapa. Apatah lagi mahu menandingi Arwah P.Ramlee," ujar Sudirman menjawab pertanyaan dengan tenang.
Katanya, P.Ramlee tetap tiada tandingannya. Arwah P.Ramlee tetap menjadi seniman yang sukar untuk dicari ganti.
Menurut Sudirman, dia melibatkan dirinya sebagai wartawan adalah disebabkan minat dan kecenderungannya sejak dibangku sekolah lagi.
"Semasa dibangku sekolah, saya pernah memenangi peraduan menulis esei yang dianjurkan oleh sebuah badan antarabangsa. Bagaimana perasaan anda jika esei anda diiktiraf oleh badan antarabangsa?" tanya Sudirman pula.
Menyentuh tentang konsep yang dibawanya untuk persembahan rancangan popular "Keluarga Bahagia", Sudirman berkata, dia telah berusaha keras 'membahagiakan' setiap keluarga, baik keluarga yang menyertai rancangan tersebut atau juga keluarga yang menonton di rumah.
"Saya sendiri mendapat tahu bahawa ada keluarga yang berterima kasih kepada saya kerana melalui rancangan itu, mereka yang jarang menonton bersama keluarga, dapat menonton bersama keluarga. Mereka benar-benar enjoy," terang Sudirman ketika menjawab soalan wartawan yang mengatakan bahawa rancangan itu agak keterlaluan dengan caranya.
Menurut Sudirman, sebelum mengendalikan rancangan 'Keluarga Bahagia', dia telah bertanyakan tentang kehendak dan konsep rancangan itu. "Dan saya telah melakukan sebagaimana yang pihak penaja mahu saya lakukan. Terpulanglah kepada penonton untuk menilainya kembali."
- Roslan Selamat
P.Ramlee & Sudirman ketika menerima pingat dari Sultan
Apa kata SUDIRMAN mengenai TAN SRI P.RAMLEE
BAM tanya SUDIRMAN: "Apa pendapat Sudir tentang pertikaian title "Tan Sri" kepada Allahyarham P.Ramlee?"
Apa kata Sudir?
"Kita tak boleh melatah, memanglah semua orang nak pingat. Tapi nak bagi semua orang pun mustahil. Saya sanjung habis P.Ramlee kerana bagi dirinya: Bukan gelaran jadi ukuran, tapi bakti yang disumbangkan. Ini sepatutnya menjadi pegangan orang seni.
"Sepanjang hayatnya Allahyarham tak pernah meminta. Allahyarham dapat anugerah ini pun selepas 17 tahun menjadi arwah. Sedih tapi membanggakan!" kata Sudir dengan suara tenang.
"Sepanjang hayatnya Allahyarham tak pernah meminta. Allahyarham dapat anugerah ini pun selepas 17 tahun menjadi arwah. Sedih tapi membanggakan!" kata Sudir dengan suara tenang.
BAM - Setuju!!!
Jawapan bagi persoalan di atas:
Persamaan antara Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Pada pendapat saya, persamaan yang ketara adalah P.Ramlee mendapat gelaran "Tan Sri" hanya selepas 17 tahun meninggal dunia, begitu juga dengan Sudirman mendapat gelaran "Datuk" hanya selepas 17 tahun meninggal dunia.
Persamaan kedua, kedua-dua seniman ini memiliki bakat yang luar biasa sebagai Penghibur. Mereka ikhlas dalam kerjaya masing-masing dan perfectionist tanpa mengira penat dan lelah untuk menghiburkan peminat mereka.

No comments:
Post a Comment