Friday, March 11, 2011

Sudirman Penghibur Berjiwa Patriotik

 Sudirman yang berjiwa Patriotik

Sudirman sewaktu zaman kegemilangannya cukup terkenal sebagai Penghibur yang berjiwa Patriotik. Beliau sering tampil dengan Baju Bendera serta menyanyikan lagu-lagu yang berunsur Patriotik di setiap show atau konsert yang pernah dihoskannya antaranya seperti lagu; 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita, Bapak (Buat Bapa Kemerdekaan Negara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj), Warisan, Radio Malaysia (Sejak dulu), Kenali Malaysia Cintai Malaysia dan banyak lagi.

Sudirman juga pernah melahirkan Album Patriotik penuh yang berjudul ABADI pada tahun 1982 yang diterbitkan oleh S.Atan. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam Album tersebut ialah 31 Ogos, 8 ke 4 1/4 (Punch Card), Di Bumi Bertuah, Di Suatu Pagi, Indahnya Alam, Kehadiranku, Pertemuan Abadi, Sabarlah Menanti, Tegakkan Bendera Kita, Untukmu, Warisan dan Ruang Rindu. Penerbitnya ketika itu, S.Atan tidak begitu yakin untuk menerbitkan Album tersebut kerana bimbang ianya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, tetapi akhirnya beliau terpaksa akur dengan keinginan Sudirman. Sudirman sanggup menanggung risiko sekiranya Album tersebut tidak mendapat sambutan kerana tingginya semangat Patriotik beliau. Namun jika kita lihat sehingga kini lagu-lagu Patriotik Sudirman tetap malar segar dan sering berkumandang apabila tibanya ulangtahun Hari Kemerdekaan Negara terutamanya lagu 31 Ogos. Begitu juga di Majlis-Majlis Motivasi sering diperdengarkan lagu Warisan untuk menaikkan semangat cintakan negara. Begitulah besarnya sumbangan Sudirman dalam memartabatkan lagu-lagu yang berunsur Patriotik.
 
Sudirman juga pernah muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur dengan penampilannya berbeza, beliau mengenakan baju bendera sambil mengibarkan Jalur Gemilang yang besar (ketika itu Bendera Malaysia) yang dihasilkan oleh tukang jahitnya ketika itu iaitu, Den Wahab. Menurut cerita dari bekas pengurus Sudirman Encik Dani'el Dharanee Kannan, Sudirman melakukan semua itu dengan modal sendiri, tidak ada subsidy atau promotion budget apa-apa pun, tidak ada support dari mana-mana pihak pun. The 120 meter, Bendera Malaysia, yang Sudirman pakai semasa Grand Entrance, semua Sudirman yang tanggung sendiri. Betapa ikhlasnya Sudirman dengan semangat Patriotiknya, sehingga kini masih belum ada lagi artis yang begitu tinggi semangat Patriotiknya sepertimana Sudirman.

 Sudirman Berjubah Jalur Gemilang sewaktu Konsert Penutup Sukan SEA 1989




No comments: