Sunday, September 25, 2011

Sudirman Kul it! Cetakan Ke-2

 CD Album Sudirman Kul it! Cetakan Ke-2 Tahun 2011

Dairi Kelahiran Kul it!

Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. kini mengeluarkan cetakan ke-2 album Sudirman yang berjudul Kul it! dalam format Compact Disc Digital Audio (CD). Cetakan pertamanya adalah pada tahun 1986. Jadi kepada peminat-peminat yang tak berkesempatan mendapatkan album ini dulu maka segeralah ke kedai-kedai CD yang berhampiran sebelum kehabisan stock. Apa yang menariknya mengenai album ini ialah formatnya sama sepertimana album asal, iaitu disertakan lakaran kartun oleh Sudirman iaitu Dairi Kelahiran Kul it! Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah; Selagi Hayatku Ada, Warna Asmara, Penyu Menangis (Siapa tahu), Sutera, Radio Malaysia (Sejak dulu), Milik Siapakah Gadis Ini, Kul it!, Pesan Abang (Buat peminat), Gadisku, Merisik Khabar & BAPAK (Satu penghormatan kepada Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj).

 Kaset Album Sudirman Kul it! Cetakan Pertama Tahun 1986

Saturday, August 27, 2011

Rohana Ingat Kain Batik Sudir!

Sudir berbaju melayu bercorak batik

Dalam banyak-banyak lagu sempena Hari Raya, lagu Balik Kampung dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf nyanyian Sudirman, tak jemu-jemu kita dengar. Malah ada di antara kita yang tak sabar-sabar nak balik kampung kerana dengar lagu Balik Kampung. Lirik dan lagunya Best.

Selain Anita Sarawak, Noorkumalasari dan Datuk Sharifah Aini... Juara Bintang RTM 1980, Rohana Jalil juga ada kenangan manis dengan penyanyi yang sudah meninggalkan kita semua, pada tahun 1992 ini.

Kata Rohana, "Masa kami sama-sama pergi buat show di Indonesia sekitar tahun 1982, aku masih ingat dia beritahu peminat-peminatnya di sana, aku ni princess dari Malaysia, masa tu kami pergi beli-belah. Sudirman mengusik aje. Tapi ada yang percaya aku ni seorang puteri!

"Sudirman kreatif. Bersama-sama kami masa tu, penyanyi Sharon Isaac juga. Kami pergi untuk program pertukaran penyanyi Malaysia dan Indonesia. Bila Sharon risau tak tahu baju apa nak dipakai  untuk show esoknya, Sudirman ajak aku tolong dia malam tu di hotel, kami sama-sama gunting kain. Sudirman nak buat baju untuk Sharon. Hasilnya, cantik baju macam jubah dan fesyen kelawar dipakai Sharon.

"Lepas tu, sebelum kami balik KL, Sudir ajak aku shopping. Dia kata, nak beli banyak kain batik nak bagi hadiah untuk adik-beradik dan yang dikenali. Dia belikan aku sehelai. Dia pesan, jangan lupa pakai kain batik lepas warna biru tu. Memang Sudir baik. Sepanjang aku kenal dia, tak retilah dia nak sakitkan hati orang. Nak tolong orang lagi, adalah."

Sempena Hari Raya tahun ini, ketika diminta membuat rakaman semula lagu raya, Rohana memilih nak menyanyi lagu Sudirman. Dia nyanyi semula lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf untuk album raya baru menghimpunkan artis 80-an. Tahun ini, Rohana beraya di Kuala Lumpur sahaja, bersama suaminya, Jangir Khan dan anak-anak mereka.

Cakap tentang Sudirman, Huzz pun simpan banyak kenangan manis dengannya. Masih ingat dulu, kalau beliau balik dari luar negara, mesti dia call Huzz di pejabat. Sudir yang Huzz panggil Abang Sudir, bertanya... apa kisah hiburan yang menarik?

Kalau di pejabat, dia suka panggil Huzz ke biliknya, kita akan borak-borak. Masa tu arwah jadi penulis sambilan untuk majalah hiburan. Pernah waktu berbuka puasa, Abang Sudir menegur Huzz, Jangan makan bersulam air, tak baik. Nanti perut naik. Masa tu pinggang Huzz 29 inci. Huzz kata mana perut naik!

Malah tak boleh Huzz lupa, Sudirman pernah suruh kawan kami, melukis gambar wajahnya di hari tua. Huzz tanya kenapa? Katanya, dia nak tengok macam mana mukanya kalau dah tua. Seolah-olah dia tahu, dia tak akan hidup lama. Bila dia pergi, Huzz pernah mimpi jumpa arwah datang pakai baju melayu lengkap songkok dan tersenyum aje. Semoga Abang Sudir bahagia di alam sana.

Huzz: Pada hari baik, bulan baik ini, jomlah kita semua bukan saja bermaaf-maafan sesama kita tetapi menghadiahkan Al-Fatihah, memanjatkan doa ke hadrat Allah, agar semua umat Islam yang masih hidup dan sudah meninggal dunia, diberi rahmat dunia dan akhirat, Amin.

Petikan URTV edisi 798 Khas! Hari Raya Aidilfitri 15 Ogos & 1 September 2011

Friday, August 26, 2011

Berita Minggu: Sudirman Dikenang Penghibur Patriotik Sepanjang Zaman


Tahukah anda?

Setiap kali sambutan kemerdekaan, seorang insan yang pasti menjadi kenangan ialah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang terkenal sebagai penghibur yang patriotik dan sering tampil memakai baju bendera.

Menjelang Ogos pastinya lagu nyanyian Sudirman Tegakkan Bendera Kita bergema di corong radio. Lirik lagu berkenaan dihasilkan oleh Sudirman sendiri yang mahukan generasi muda berbangga dan mencintai negara kita yang berdaulat dan merdeka serta menghormati bendera Malaysia.

Liriknya berbunyi; 'Hormatlah bendera kita, ia lambang negara, bersatu padu kita di bawahnya, hidup berkeluarga. Putih merah biru kuning, warna bendera kita, berkibar-kibar megah di angkasa, kemegahan semua, tegakkan bendera kita!'.

Lagu dan lirik yang penuh bersemangat ini walaupun pendek tapi cukup bertenaga dan merangsang semangat Merdeka!

Keratan asal artikel Berita Minggu bertarikh 21 Ogos 2011