Monday, May 9, 2011

Album Patriotik Sudirman ABADI 1982

Album ABADI yang menjadi koleksi berharga buatku

Abadi lahir dari rasa cinta seorang anak kampung. Memang tujuan saya ingin mengabadikan satu album untuk tanah air. Setidak-tidaknya satu seumur hidup saya. Dan masanya telah tiba memandangkan tahun ini adalah tahun ke-25 kemerdekaan tanah air. Semoga album ini dapat menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan adik-adik yang lebih muda. Dan bagi saudara tua saya, semoga persaudaraan kita bertambah utuh.

Berikut sedikit nota berkenaan lagu-lagu yang terkandung di dalam ABADI:-

KEHADIRANKU ditulis atas rasa kesedaran yang kita pernah dijajahi dan dibelenggui. DI BUMI BERTUAH adalah sebuah cerita kebanyakan anak kampung yang bertanggungjawab atas pencapaian mereka sendiri. Tetapi disebalik kejayaan itu terdapat ibu tua miskin yang rela berkorban apa saja untuk anak-anak mereka. UNTUKMU merakamkan rindu mereka yang jauh, terhadap tanah air yang dicintai; dan SABARLAH MENANTI bagi mereka yang ditinggalkan yang jauh.

8 ke 4 1/4  diilhamkan dari dikir barat hanya menggunakan satu 'note'.  Ini melambangkan satu pergerakan ke arah satu matlamat berlandaskan keharmonian. 31 OGOS, sebuah lagu lama yang tetap membawa erti yang mendalam dari tahun ke tahun.

Sejak kecil saya suka membaca sajak-sajak patriotik. DI SATU PAGI diilhamkan dari sajak-sajak sedemikian. Sering kita nyanyikan jasa perwira kita, tetapi ingatkah kita akan ibu dan isteri yang dengan rela hati melepaskan mereka pergi. PERTEMUAN ABADI, WARISAN, INDAHNYA ALAM dan TEGAKKAN BENDERA KITA adalah lagu-lagu yang jelas menggambarkan cinta ini.

Sekali lagi, semoga persaudaraan kita bertambah utuh - Sudirman Feb '82



No comments: