Thursday, January 19, 2012

Mengenang 20 Tahun Pemergian Sudirman

Kami bergambar kenangan sewaktu pertemuan pertama tahun lalu

Pada 22 Februari 2012 depan maka genaplah 20 tahun industri hiburan tanah air kehilangan seorang Penghibur Prolifik yang cukup disayangi ramai, beliau yang dimaksudkan ialah Penghibur No.1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Kehebatannya sebagai Penghibur serba boleh sehingga kini masih menjadi sebutan malah beliau juga turut dijadikan sumber inspirasi kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya serta ingin menakluki dunia dalam apa jua lapangan sekalipun. 

Legasi yang beliau ditinggalkan sukar untuk dipadam dari memori sesiapa sahaja yang mengenalinya secara rapat mahupun generasi muda yang baru sahaja mengenalinya. Malah tidak menghairankan jika Sudirman berjaya menarik minat warga Hong Kong untuk meminatinya. Sebagai contoh baru-baru ini saya telah mendapat seorang kenalan warga Hong Kong di laman sosial Facebook iaitu Puan Leung Angie yang menyatakan rasa kagum beliau terhadap Penghibur Lagenda Malaysia ini. Minat beliau mula berputik apabila menonton dokumentari Sudirman Arshad yang disiarkan di Channel Bio Hong Kong. Beliau mengkagumi visi Sudirman yang berusaha gigih untuk mencapai cita-citanya yang gemilang. Begitulah hebatnya aura seorang insan yang bernama Sudirman.

Sebagai mengenang pemergian Allahyarham yang genap 20 tahun (22 Februari 2012), pada 25 Februari depan bersamaan hari Sabtu satu majlis ringkas Pertemuan Peminat Sudirman akan diadakan di rumah kakak Allahyarham iaitu Datin Hajah Rodziah Haji Arshad bertempat di No.16 Lorong Taban 1, Lucky Garden Bangsar, 59100 Kuala Lumpur. Di kesempatan ini juga, saya sebagai wakil bagi pihak Datin Rodziah ingin menjemput khususnya peminat setia Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad untuk sama-sama hadir pada pertemuan itu nanti. Program berkemungkinan akan bermula pada jam 1 tengah hari dan berakhir pada jam 5 petang. Semoga pada pertemuan itu nanti dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan peminat setia Allahyarham. 

===============================================================

Nota dari admin:  

Assalamualaikum, nampaknya perjumpaan peminat sepertimana yang direncanakan pada 25 Februari 2012 (Sabtu) terpaksa di BATAL kan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Berikut sedikit mesej dari Datin Rodziah Hj. Arshad berhubung pembatalan Majlis ini "Terlebih dahulu aunty minta berbanyak maaf kerana tak dapat nak buat perjumpaan untuk get together with peminat Deman kerana bermula 18 Februari ini aunty akan berada di luar kota setiap weekend untuk menguruskan mesyuarat agung kawasan bagi persiapan mesyuarat agung tahunan pada akhir Mei ini, selalunya mesyuarat kawasan bermula pada bulan Mac tapi tahun ni terpaksa start awal kerana Pengerusi akan ke Dubai. Itu lah kita hanya merancang yang menetapkannya Yang Maha Kuasa. Sekali lagi maaf sangat-sangat" HARAP MAKLUM.


Sedikit rakaman pada pertemuan pertama kami

3 comments:

Anonymous said...

Salam..Abg Ramlan, saya Ayu. Saya nak tanya, abg ni memang peminat Allahyarham Sudirman dari dulu ke? ada simpan apa2 koleksi atau video dia? Sy berminat nak tau. Abang boleh cari FB sy, AyuNadhirah Hayat. Boleh tinggalkan contact no kat inbox?sy dh tgk fb abg tp sy xfhm layout baru fb ni. Urgent. Tolong ye bang ;)

Tribute To Asia's No.1 Performer said...

Waalaikumussalam Ayu, ye tepat sekali Ayu saya ni peminat setia Allahyarham Datuk Sudirman,terus terang memang dari dulu sejak zaman sekolah lagi saya mengkagumi Arwah. Cukup bangga negara kita memiliki seorang Penghibur hebat seperti Sudirman. Koleksi saya tidaklah terlalu banyak. Adalah beberapa keratan majalah, surat khabar, buku, komik, kaset, cd, vcd, piring hitam & rakaman konsert dalam simpanan. Untuk tujuan apa ye Ayu nak berhubung dengan saya, ada apa2 yang boleh saya bantu?

Anonymous said...

Terima kasih Ramlan