Tuesday, February 7, 2012

Majlis Tahlil Sempena 20 Tahun Pemergian Sudirman

Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad
(25 Mei 1954 - 22 Februari 1992)

Sebagai mengenang pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang genap 20 tahun pada 22 Februari depan, satu Majlis Tahlil dan Doa Selamat akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 25 Februari 2012, pada jam 3 petang. Majlis ini akan diadakan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di Jalan Datuk Sulaiman berdekatan Sungai Penchala / Penchala Link, Kuala Lumpur.

Majlis ini dianjurkan oleh teman rapat Allahyarham iaitu penulis lirik terkenal Habsah Hassan. Ianya terbuka kepada peminat setia Allahyarham Sudirman termasuk sahabat handai beliau. Turut dijemput hadir ialah beberapa rakan wartawan. Majlis ini bagi menggantikan Majlis Pertemuan Peminat Kali ke-2 di rumah Datin Rodziah Hj. Arshad yang terpaksa dibatalkan pada tarikh yang sama kerana beliau terlibat dengan komitmen lain.

Saya mewakili pihak Puan Habsah Hassan ingin menjemput anda, khususnya peminat setia Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad untuk sama-sama hadir bagi menjayakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat tersebut, agar dapat sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, InsyaAllah.

Restoran Puteri Milik Bersama Habsah Hassan & Rubiah Suparman

No comments: