Azhar bergambar kenangan bersama Datin Rodziah
AZHAR - Peminat setia arwah SUDIR, tidak ketinggalan hadir di majlis tahlil genap setahun Sudir yang kita kasihi telah berpindah ke alam baqa' meninggalkan orang-orang yang disayanginya dan yang menyayanginya.
Pertama kali datang ke rumah kakak Sudir, Azhar terus terdiam dan terpegun bila menatap gambar-gambar arwah Sudir yang menghiasi sebuah sudut di rumah kakak kesayangannya itu.
Azhar yang mulai nak sebak itu terus menguntum senyum bila jurugambar Jeffri Iran meminta dia memakai tanjak songket kepunyaan Allahyarham dan bergambar di samping Puan Rodziah yang tidak keberatan melayani Azhar yang begitu terpegun membelek semua barangan koleksi arwah Sudir yang terdapat di sudut itu.
Begitulah... dalam sebak kita boleh tersenyum semata-mata untuk menahan perasaan sedih pilu mengenangkan Allahyarham, perginya seperti disambar helang. Yang tinggal hanyalah khazanahnya sahaja.
Alangkah baiknya kalau kerajaan Pahang Darul Makmur dapat mengabadikan segala kenangan terhadap Sudir ditempatkan seperti Pustaka Kenangan Sudirman yang sentiasa dikunjungi ramai.
Alangkah baiknya kalau kerajaan Pahang Darul Makmur dapat mengabadikan segala kenangan terhadap Sudir ditempatkan seperti Pustaka Kenangan Sudirman yang sentiasa dikunjungi ramai.
BAM - Anggap SUDIR satu-satunya insan mulia yang pernah BAM kenali.
No comments:
Post a Comment