Atai bersama Cokman dan Jenny Chin sewaktu merakamkan lagu untuk album Sahabat.
DATUK Sudirman Arshad meninggal dunia pada 22 Februari 1992 ketika usianya baru 37 tahun. Dia bukan saja dikurniakan bakat sebagai penyanyi, bahkan dia juga diberi kelebihan sebagai penggubah, penulis, pengarang buku, pelukis kartun dan pengusaha.
Dia juga pernah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor Satu Asia selepas kali pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia pada 1989 di London. Sudirman juga diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Rakyat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.
Anak bongsu daripada enam bersaudara itu aktif menyanyi sejak kecil dan di sekolah dia menyertai pertandingan syair, pidato, pantun, kuiz dan terbabit dalam pertunjukan teater dan paduan suara sekolah.
Banyak anugerah, namun di kala menerima sanjungan dan pujian dia pergi meninggalkan kita semua kerana menghidapi penyakit ganjil.
Konsert itu berhasil mengumpulkan hampir 100 ribu penonton warga kota yang berbondong-bondong datang menonton. Jalan Chow Kit di era Sudirman adalah gelanggang marhaen, menjadi simbol orang kecil yang juga peminat Sudirman. Konsert jalanan seperti itu adalah sebagai tanda terima kasihnya kepada peminat yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel atau konsert mahalnya.
Justeru, bagi mengingati semula kisah hidup dan kejayaan Sudirman selaku anak seni, History Channel dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menerbitkan program biografinya, Sudirman Arshad.
Biografi itu akan disiarkan di History (Saluran Astro 555) pada 20 (10 malam), 22 (11 malam) dan 23 Februari (9 malam). Diikuti pada 1 (9 malam), 11 (11 malam) dan 13 Mac ini (7 malam).
Untuk mengenali lebih dekat siapa Allahyarham, tidak lengkap rasanya jika tidak menemubual anak saudara kesayangannya, Razman Azrai atau Atai, 37. Mereka bukan saja mempunyai talian bapa saudara dan anak saudara, bahkan Atai menganggapnya sahabat dan teman paling akrab. Wartawan Harian Metro, Nor Akmar Samudin, menemuinya pada pelancaran biografi Sudirman Arshad, baru-baru ini yang dilakukan di The Garden, Kuala Lumpur.
RAP: Walaupun sudah 18 tahun Sudirman meninggal dunia, namun tentu segala kenangan bersamanya terus segar dalam ingatan.
ATAI: Saya anak saudara yang paling rapat dengan Allahyarham, ke mana dia pergi mesti saya ada. Memang bertuah ada bapa saudara sepertinya dan saya sangat berbangga mempunyai bapa saudara yang sangat terkenal. Bagaimanapun, ia lebih daripada itu sebenarnya. Dia lain dari yang lain. Saya bukan saja menyanjunginya sebagai seorang penghibur yang amat berjaya ketika itu, namun Allahyarham adalah segalanya buat saya. Dia pak cik saya dan teman yang amat rapat dengan saya. Kami boleh menjadi kawan dan berkongsi cerita.
Untuk mengenali lebih dekat siapa Allahyarham, tidak lengkap rasanya jika tidak menemubual anak saudara kesayangannya, Razman Azrai atau Atai, 37. Mereka bukan saja mempunyai talian bapa saudara dan anak saudara, bahkan Atai menganggapnya sahabat dan teman paling akrab. Wartawan Harian Metro, Nor Akmar Samudin, menemuinya pada pelancaran biografi Sudirman Arshad, baru-baru ini yang dilakukan di The Garden, Kuala Lumpur.
RAP: Walaupun sudah 18 tahun Sudirman meninggal dunia, namun tentu segala kenangan bersamanya terus segar dalam ingatan.
ATAI: Saya anak saudara yang paling rapat dengan Allahyarham, ke mana dia pergi mesti saya ada. Memang bertuah ada bapa saudara sepertinya dan saya sangat berbangga mempunyai bapa saudara yang sangat terkenal. Bagaimanapun, ia lebih daripada itu sebenarnya. Dia lain dari yang lain. Saya bukan saja menyanjunginya sebagai seorang penghibur yang amat berjaya ketika itu, namun Allahyarham adalah segalanya buat saya. Dia pak cik saya dan teman yang amat rapat dengan saya. Kami boleh menjadi kawan dan berkongsi cerita.
Saya berjaya dalam pelajaran pun disebabkan dorongan Allahyarham. Sejak kecil saya mahu jadi sepertinya. Kehilangannya begitu dirasai walaupun tempoh saya bersamanya agak singkat. Dia meninggal dunia ketika saya berusia 18 tahun. Belum puas saya bersamanya. Namun, saya reda kerana Allah lebih menyayanginya. Sejak pemergiannya sehingga kini, setiap hari saya merinduinya.
Gambarnya yang ada saya tatap sepuas hati. Saya juga selalu bayangkan jika dia masih ada lagi, tentu dia gembira dengan kejayaan saya hari ini dan pasti dia dapat memberi sumbangan lebih banyak kepada industri.
ATAI: Momen yang paling saya ingat sampai sekarang ketika saya ikut keluarga ke Amerika Syarikat (AS). Waktu itu saya baru berusia lapan tahun. Perpisahan sementara itu saya sangat merinduinya. Ketika tidur saya seperti terdengar suaranya menyanyi. Lalu saya buka mata dan memang betul dia menyanyi untuk saya. Pak Cik datang ke AS untuk berjumpa saya. Setiap saya teringatkannya, sendu menyusuk hati.
RAP: Kenapa Atai tidak teruskan minat menyanyi.
ATAI: Menyanyi membuatkan saya terus teringatkannya dan saya tidak sampai hati. Lebih baik saya mencari arah haluan lain supaya saya tidak selalu diselimuti kedukaan. Saya tidak menyanyi pun tetap ingatkannya, inikan pula jika saya menjadi penyanyi. Selepas Allahyarham pergi, saya tidak lagi memasang angan-angan untuk menjadi penyanyi dan saya berusaha mengisi masa dan minda dengan perkara lain.
Perkara pertama yang saya lakukan saya belajar dan terus menyambung pengajian sehingga Ijazah Sarjana dan kini bekerja di Cyber Security sebagai Ketua Perancangan Korporat dan Strategi.
Saya cukup terharu kerana peminat masih mengingatinya sehingga kini. Sampai sekarang, mereka yang mengenali saya bertanyakan mengenainya. Jadi, tiada ruang yang saya dapat melupakannya. Setiap kali orang bertanya, kenangan indah bersamanya terus segar dan sampai bila-bila pun, Allahyarham terus kekal bersemadi dalam hati saya.
ATAI: Saya bangga dengan kejayaannya dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia pada 1989 di Asian Popular Music Award. Acara anugerah ini diadakan bersamaan dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Royal Albert Hall, London. Pak cik adalah penyanyi Malaysia pertama yang memenangi anugerah itu. Dalam pertandingan itu dia menyanyikan dua lagu Inggeris, One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan aksi lucu ala Charlie Chaplin.
Begitupun, meskipun Allahyarham yakin yang dia boleh buat yang terbaik, perasaan gementarnya tetap ada. Tetapi apabila sudah mula menyanyi, dia boleh lupakan segalanya dengan hanya menumpukan perhatian kepada persembahannya.
ATAI: Dalam banyak cerita yang dibuat mengenai pak cik, saya sukakan yang ini kerana ia memberi justifikasi yang benar mengenainya. Saya dan keluarga amat berterima kasih kepada History Channel kerana menyediakan program terbaik untuk mengingati Allahyarham. Persembahan yang ini nampak lain sangat dan saya puas menatap ceritanya.
Pengarah mengembangkan biografi bermula kejayaan Allahyarham mencipta nama di Royal Albert dan terus menyelitkan kejayaannya yang lain. Walaupun saya berasakan yang Allahyarham pergi terlalu awal, namun dia meninggalkan khazanah seni yang cukup berharga. Buat kerja apapun, Allahyarham akan melakukannya dengan sepenuh hati. Dengan keikhlasannya itulah membuatkan segala lagunya terus menjadi siulan.
No comments:
Post a Comment