Hafsham bersama Gerard Benedict Penerbit Biografi Sudirman Arshad
KUALA LUMPUR: Pengarah filem veteran Othman Hafsham, 71, sedang mencari seorang pelakon lelaki yang mempunyai ciri-ciri seiras penghibur versatil Sudirman Haji Arshad bagi projek teater muzikalnya tidak lama lagi.
Ujar Hafsham cabaran yang sedang dihadapinya adalah untuk mencari pelakon lelaki yang paling sesuai membawakan watak Sudirman dalam persembahan yang akan diadakan di Istana Budaya itu.
“Saya merancang untuk mementaskan sebuah muzikal tentang kisah hidup Sudirman tidak lama lagi tetapi masalahnya saya masih lagi mencari pelakon lelaki yang paling sesuai untuk watak penyanyi itu.
“Ada beberapa nama pelakon yang iras-iras Sudirman bermain di fikiran tetapi ciri-ciri fizikal mereka pula tidak bertepatan dengan apa yang saya cari,” katanya yang ditemui pada majlis pra-tonton dokumentari biografi Sudirman Arshad di Smoke & Fire Club, The Gardens, di sini, Khamis.
Mengulas ringkas mengenai muzikal tersebut, Hafsham berkata, ia masih berada pada peringkat awal dan terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum pengumuman rasmi tentangnya dihebahkan.
“Semuanya masih terlalu awal. Skrip pun belum siap lagi cuma apa yang akan saya paparkan adalah tentang kronologi hidup Sudirman dari awal hingga bergelar seorang penghibur yang berjaya,” katanya yang bakal muncul dengan filem Karipap-Karipap Cinta, tahun ini.
3 comments:
Ini satu perkembangan yang bagus..buat semua peminat-peminat setia Arwah Abang Sudir..
Mungkin bolehlah peminat-peminat setia menonton teater muzikal pulak!-Azhar
Siapalah agaknya yang bakal melakonkan watak Arwah Abang Sudir tu ye...
Post a Comment